Pages

Perancangan Tahunan 2013

PUSAT AKSES
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU KURSHIAH
72000 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN.

Perancangan Tahunan Pusat Akses Sekolah 2013

BIL
AKTIVITI
TINDAKAN
1
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
Guru Besar
2
Pengagihan tugas AJK
Penyelaras Pusat Akses
3
Jadual Guru Bertugas
Penyelaras Pusat Akses
4
Pengumpulan URL / Portal Pendidikan Mata pelajaran
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
5
Aktiviti mempromosikan pusat akses kepada semua warga sekolah melalui brochures dan ucapan pada setiap kali perhimpunan.
AJK Pusat Akses
6
Mengadakan kursus-kursus berkaitan penggunaan aplikasi komputer.
Penyelaras Pusat Akses
7
Mengadakan pertandingan membina bahan multimedia yang berkaitan matapelajaran.
Penyelaras Pusat Akses
8
Mengadakan pertandingan membina bahan kerja kursus
Semua Guru SKTK
9
Kursus membina akaun email (google, yahoo dll)
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
10
Gotong-royong membersihkan pusat akses

11
Kursus membina blog panitia mata pelajaran
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran
12
Pertandingan membuat kad raya dengan melalui ICT
Murid Tahap 2
13
Kursus menggunakan bahan eduweb tv dalam P&P
Semua Guru SKTK
14
Mengemaskini blog sekolah
Juruteknik komputer


Jom Belajar Microsoft Word 2010

JOMMM!!!!!!!
BELAJAR MICROSOFT OFFICE 2010

1. Bahagian-bahagian dalam Microsoft Office 2010
2. Menu Bar " FILE "
3. Menu Bar " HOME "
4. Menu Bar " INSERT "
5. Menu Bar " PAGE LAYOUT "
6. Menu Bar " MAILINGS "


Aktiviti Murid di Puas

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk

  1. Mencari maklumat daripada internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-learning)
  3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
  4. Berkomunikasi dengan guru dan murid melalui email.
  5. Berkalaborasi murid lain.

Pengenalan

Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


MATLAMAT

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid


OBJEKTIF

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk  pengajaran dan pembelajaran


AKTIVITI MURID DI PUSAT AKSES
 
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain
 
 
SIAPAKAH YANG BOLEH MENGGUNAKA KEMUDAHAN PUSAT AKSES SEKOLAH?
 
 
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.





waktu beroperasi

Peraturan Penggunaan Pusat Akses

PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH (SEBELUM)

  1. Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
  2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.


PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)

  1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komputer adalah seperti yang ditetapkan oleh guru bertugas.
  2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
  3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka penutup komputer.
  4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
  5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
  6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
  7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.


PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)

  1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
  2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
  3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.