Peraturan Penggunaan Pusat Akses
PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH (SEBELUM)
- Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
- Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
- Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru penyelaras Pusat Akses Sekolah.
- Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.
PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)
- Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komputer adalah seperti yang ditetapkan oleh guru bertugas.
- Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
- Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka penutup komputer.
- Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
- Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
- Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
- Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.
PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)
- Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
- Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
- Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.
Subscribe to:
Posts (Atom)