Pages

Pengenalan

Pusat Akses Sekolah (PuAS) merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


MATLAMAT

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid


OBJEKTIF

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk  pengajaran dan pembelajaran


AKTIVITI MURID DI PUSAT AKSES
 
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain
 
 
SIAPAKAH YANG BOLEH MENGGUNAKA KEMUDAHAN PUSAT AKSES SEKOLAH?
 
 
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.





waktu beroperasi

Peraturan Penggunaan Pusat Akses

PERATURAN PUSAT AKSES SEKOLAH (SEBELUM)

  1. Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.
  2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.
  3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.


PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)

  1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komputer adalah seperti yang ditetapkan oleh guru bertugas.
  2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.
  3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka penutup komputer.
  4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.
  5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.
  6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.
  7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.


PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)

  1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.
  2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
  3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.